Perayaan-perayaan Mengikut Kepercayaan Agama & Etnik Di Malaysia
HARI RAYA AIDIL FITRI
Hari Raya Puasa merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam
di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadan di mana umat Islam
berpuasa dan beribadat dengan lebih tekun. Hari Raya Puasa bermula apabila anak
bulan kelihatan, menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke sepuluh
dalam kalender Hijrah Islam. Anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas
pada sebelah petang hingga waktu Maghrib di beberapa tempat strategik di
Malaysia.
Perayaan Hari Raya Puasa
bermula stelah perisytiharan dibuat oleh Pemegang Mohor Besar Raja-Raja, dimana
takbir akan bergema di masjid-masjid menandakan mulanya perayaan Hari Raya
Puasa. Pada keesokkan harinya, pada awal sebelah pagi, sesetengah orang akan
pergi membersihkan perkuburan orang yang disayangi dan berdoa agar roh mereka
dirahmati Allah. Sembahyang Sunat Hari Raya Puasa sebanyak 2 rakaat akan
diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak lewat sedikit berbanding Hari Raya
Korban.
Selepas sembahyang,
sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang
disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan
memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai
juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi antara sesama
mereka.
HARI RAYA AIDIL ADHA
Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang
dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain
Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidil Adha disambut pada hari ke
sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun.
Bermula dengan Takbir Aidil Adha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat
sunat Aidil Adha serta khutbah Aidil Adha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan
diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau
12 atau siang 13 Zulhijjah. Aidil Adha adalah perayaan yang istimewa
kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi
Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail
dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik
ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari
iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga
sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah. Dari segi bahasa,
korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan
perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri
kepada-Nya. Hari Raya Aidil Adha jatuh pada hari kesepuluh pada bulan
Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan
tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa
dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang
Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian
yang cantik, bersih dan mengenakan wangi-wangian. Pada pagi
hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya
sebanyak dua rakaat yang diadakan pada sebelah pagi.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik
ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari
iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga
sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu,
kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di
kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada
golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat
penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan.
Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban
ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai
korban kepada Tuhan.
HARI TAHUN BARU CINA
Tahun Baru Cina merupakan pesta Perayaan Musim Bunga
"Spring" terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam
kalender lunar Cina. Kalender lunar Cina terbahagi kepada kitaran dua belas tahun
dan dinamakan sempena nama haiwan. Menurut turutan, haiwan tersebut adalah
tikus, kerbau, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan,
anjing, dan babi. Kepercayaan popular menyatakan perangai dan nasib seseorang
ditentukan oleh tahun kelahiran mereka.
Tahun Baru Cina
melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari
tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan
dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak
sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun akan dibakar pada
tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau hantu
jahat dan nasib tidak baik. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai
simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau kumquat.
Kaum keluarga akan makan
besar dengan masakan tradisi seperti itik salai, sosej, kek beras, dan limau
mandrin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau
dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang
bekeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian Naga atau
Singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima
belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina
ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Meh.
HARI DEEPAVALI
Deepavali merupakan
perayaan yang disambut oleh semua penganut ugama Hindu di seluruh dunia dan
merupakan hari cuti umum di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan
perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali"
yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan
Aipasi dalam kalender Tamil (Antara bulan Oktober dan November) dan juga
dikenali sebagai pesta cahaya. Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat
dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan
mengatasi kejahatan yang dirayaakan sebagai perayaan Deepavali.
Pada pagi Deepavali
penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan
dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru,
penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan
dengan kalungan bunga.
Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.
Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.
HARI WESAK
Hari Wesak merupakan
hari terpenting bagi penganut ugama Buddha kerana hari Wesak melambangkan
kelahiran, kesedaran, dan kematian Gautama Buddha. Penganut Buddha akan
mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memusatkan fikiran kepada lapan
prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung kuning
akan membaca kitab Buddha "Sutras".
Selepas itu penganut
Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga
merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami.
Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut ugama Budha di seluruh dunia.
Dikalangan penganut
Buddha di Singapura dan Taiwan, terdapat amalan mencederakan diri ketika menyambut
hari Wesak seperti berjalan di atas bara api sebagai menyambut hari kelahiran
dewa Bao-sheng Da-di.
HARI TAIPUSAM
Hari Thaipusam merupakan
hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun
di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua
penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada
Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan
sebagai tanda kesyukuran.
Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak ,warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.
Ramai juga lelaki Hindu
yang mencukur rambut pada hari tersebut dan menyapukan campuran serbuk cendana
dan air di atas kepala. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di
luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau
membayar nazar.
Bagi yang memohon ampun
agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas
bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau
kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan
bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan.
Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak.
Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu
pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat
masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap
kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di
tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.
Pelbagai cara menyeksa
diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas
kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil
hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang
mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah
pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata
pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau
lipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan
ditarik oleh para pembantu.
HARI NATAL
Hari Natal (Krismas)
merupakan perayaan menyambut kelahiran Jesus Christ di Bethlehem yang disambut
oleh semua pengikut ugama Nasarani di dunia. Bagaimanapun, kajian menunjukkan
Hari Natal bukanlah tarikh sebenar kelahiran Jesus Christ. Perayaan hari
Natal bermula dengan menghiasi pokok Krismas di rumah dan di gereja. Ahli
keluarga bertukar hadiah pada hari Natal dengan meletakkannya di bawah pokok
krismas. Teater Krismas, parti nyanyian keugamaan (Carol) akan
diadakan. Derma akan diberikan kepada golongan yang tua dan miskin. Secara
tradisi, hadiah akan diberikan oleh Santa Claus kepada mereka yang memerlukan.
Pada masa sekarang, perayaan hari Natal bersifat lebih komersial di mana
gedung-gedung jualan akan dihiasi untuk membuat persediaan jualan hari Natal
semenjak awal Disember lagi.
HARI GAWAI
Perayaan Gawai disambut
oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim
menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada
kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pesta
Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan
persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di
Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964. Pada hari pesta
Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi
dan Kekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah
seorang daripada mereka sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan
persembahan. Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu dianggap
sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai. Setelah upacara persembahan selesai,
perayaan Gawai secara tradisi dimulakan. Seluruh masyarakat berkumpul sekitar
'ranyai' atau pokok istiadat yang dibawa masuk kedalam dan diletakkan di serambi
umum di rumah panjang. Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan
minuman tuak. Perayaan Gawai merupakan masa untuk semua orang bersuka-ria
sambil menjamu hidangan bersama air tuak. Salah satu acara paling menarik
pada perayaan Gawai adalah Ngajat Lesong. Penari akan menunjukkan kekuatan
dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan menggunakan giginya.
Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada manik-manik yang diwarisi turun temurun dan tidak ternilai harganya, akan dipakai untuk dipamirkan. Anak dara orang Iban juga akan mengenakan perhiasan perak yang menonjolkan lagi kecantikan paras rupa mereka.
Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat dibuang.
HARI KAAMATAN
Pesta Kaamatan atau
Pesta Menuai ini disambut oleh kaum Kadazan/Dusun sebagai meraikan tuaian yang
baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain di Sabah. Pesta
Kaamatan biasanya disambut sepanjang bulan Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan
adalah peraduan ratu cantik, tarian tradisi, dan upucara kemuncak yang dijalankan
oleh Bobohizan "ketua pendita". Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga
dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan'.
Kaum Kadazan percaya
kepada makhluk halus dan mereka mempercayai terdapat lima jenis makhluk halus
yang dikenali sebagai :- Kinoingan, Ketua makluk halus dan Pencipta, Rusad
semangat semua benda hidup kecuali manusia, Koududuvo semangat manusia,
Tombivo semangat orang yang telah meninggal, dan Rogon semangat jahat.
Menurut kepercayaan
orang Kadazan, semangat padi merupakan sebahagian daripada Kinoingan - yang
juga dikenali sebagai Bambaazon, yang disembah sebagai pencipta dan amat
berkuasa sumber kepada kehidupan. Semangat padi Bambaazon amat dimuliakan pada
pokok padi, beras, dan nasi. Ramai yang mempercayai bahawa "Tanpa padi,
tiada kehidupan."
Ketika pesta Kaamatan,
penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria sepanjang
hari. Minuman tapai "arak beras" dihidangkan sebagai minuman istimewa
Pesta Kaamatan. Penduduk Sabah akan menyapa sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian
Tadau Ka'amatan' atau 'Selamat Hari Menuai'.
HARI CHAP GOH MEI
Lima belas hari selepas
Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan
berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan
mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan
dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan
tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.
Chap Goh Mei juga
dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian
serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang
secucuk. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai
dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar
mereka mendapat pasangan yang sesuai. Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan
pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan
tanglung, tarian naga atau singa, dan mengimbang bendera besar
"Chingay".
HARI KUIH BULAN
Perayaan Kuih Bulan
merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol
pada akhir Dinasti Yuan (120 Sebelum Masihi - 1341 Masihi). Perayaan Kuih Bulan
disambut pada hari kelimabelas pada bulan kelapan pada kalender Cina iaitu pada
akhir bulan Ogos atau awal bulan September. Perayaan Kuih Bulan disambut dengan
perarakan tanglung pada malam perayaan.
Salah satu hidangan
istimewa pada perayaan Kuih Bulan merupakan Kuih Bulan itu sendiri. Kuih Bulan
itu diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji
teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah
disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya
berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.
Terdapat juga tradisi
yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa
Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada
Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis
itu.
No comments:
Post a Comment